Kebakaran Hutan California: 800,000 Diarah Bersiap Sedia Pindah


CALIFORNIA  - Lebih 800,000 penduduk di barat Amerika Syarikat (AS) kelmarin diarah bersiap sedia untuk dipindahkan selepas cuaca kering dan berangin dijangka akan menyebabkan kebakaran hutan.

Agensi Perkhidmatan Cuaca Negara memaklumkan, amaran bendera merah telah dikeluarkan di Oregon, utara California dan utara Nevada ekoran angin kencang berkelajuan 55 kilometer sejam.

``Angin kencang boleh menyemarakkan api lebih dekat dengan kawasan penempatan pada waktu tengah hari dan petang. Patuhi sebarang arahan pindah. Bertindak pantas, kamu mungkin tidak mempunyai masa untuk keluar,’’ lapor agensi itu.

Lebih 12 kebakaran telah bermula sejak dua hari lalu di California termasuk kebakaran Detwiler yang memaksa sebahagian penduduk di wilayah Mariposa untuk berpindah kelamarin. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com