Kantoi Di Kota Sentosa Guna Nombor Pendaftaran, Cukai Jalan Palsu


KUCHING - Akibat menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan palsu, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis di Kota Sentosa pagi kelmarin.

Nombor pendaftaran dan cukai jalan yang dipamerkan pada kenderaan digunakan adalah untuk kereta kedua suspek.

Menurut kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan, pemilik kenderaan ditahan dan kereta disita untuk pemeriksaan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis, pemilik kenderaan dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.

Kenyataan tersebut turut menyatakan pemilik kenderaan tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 108(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mempamerkan cukai jalan palsu.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau setahun penjara," jelas kenyataan itu.

IPD Padawan turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

Sumber: Sarawakiana

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com