Kantoi Cuba Seludup Masuk 890 Karton Rokok


AGENSI Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) merampas 890 karton rokok bernilai RM87,300 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke Tawau di perairan Kampung Titingan Batu 2, Tawau, malam kelmarin.

kejadian 11.15 malam itu, sebuah bot dan enjin berkapasiti 115 kuasa kuda yang digunakan bagi mengangkut rokok turut dirampas.

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Maritim Tawau, Leftenan Komander Maritim Ahmad Firdaus berkata, bot peronda APMM yang menjalankan rondaan berhampiran perairan berkenaan mengesan bot dalam keadaan bergelap serta mencurigakan.

"Menyedari kehadiran anggota APMM, tekong memecut ke arah pesisir pantai sebelum terjun ke laut meninggalkan bot.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot yang menggunakan enjin berkuasa kuda 115hp menemui 15 kotak berisi muatan rokok pelbagai jenama," katanya di Tawau, semalam.

Ahmad berkata, rampasan bernilai keseluruhan RM87,300 dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari negara jiran.

"Semua barang rampasan dibawa ke Jetk APMM Tawau dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat APMM Tawau untuk siasatan lanjut.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

"APMM akan terus menjalankan tugas penguatkuasaab bagi membenteras aktiviti yang menyalahi undang-undang khususnya di perairan daerah ini," katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com