Kanak-kanak Mangsa Dera Keluarga Angkat Meninggal Dunia


BATU PAHAT - Kanak-kanak berusia setahun sembilan bulan yang dipercayai menjadi mangsa dera keluarga angkatnya meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini semalam.

Muhamad Al Fateh Abdullah disahkan menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 12.45 tengah hari semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa ketika dihubungi mengesahkan kematian kanak-kanak itu.

“Proses bedah siasat akan dilakukan oleh Unit Forensik HSNI bagi mengetahui punca kematian,” katanya di sini, semalam.

Kelmarin, seorang kanak-kanak lelaki sedang bertarung nyawa apabila terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana disyaki didera keluarga angkatnya.

Susulan itu, ibu bapa angkat kanak-kanak terbabit yang berumur 30 dan 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com