Juruterbang Ditemui Mati Di Pergunungan Alps


GRENOBLE, PERANCIS - Seorang juruterbang warga Britain yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Alps, Perancis ditemui mati dalam serpihan peluncurnya.

Baru-baru ini, pasukan penyelamat dimaklumkan mengenai kehilangan juruterbang berusia 69 tahun itu yang berlepas sehari sebelumnya dari drom udara Serres-La Batie.

Penyelamat menemui mayat mangsa yang namanya tidak didedahkan bersama peluncur pada ketinggian kira-kira 2,300 meter.

Mangsa dipercayai terlanggar puncak gunung berhampiran kawasan Val-des-Pres di utara wilayah Briancon, tenggara Perancis.

Pihak berkuasa penerbangan sudah dipanggil untuk menyiasat nahas itu. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com