Jumpa Pokok Pandan Ini Bermakna Anda Jumpa Lombong Berlian?


Kita semua mesti tahu bahawa berlian merupakan perhiasan yang mempunyai nilai jual yang sangat tinggi. Namun permata cantik ini sangat sukar dicari dan lombong berlian pun cukup sukar ditemui.

Namun tidak ramai tahu jika di suatu kawasan ada lombong berlian tersembunyi, ada kemungkinan bahawa tanaman ini akan hidup di atasnya. Seorang ahli geologi mendakwa jika spesies pandan yang jarang ditemui ini tumbuh di atas tanah, terdapat kemungkinan di dalamnya ada lombong berlian.

Menurut iflscience.com, penyelidik dari Universiti Antarabangsa Florida percaya bahawa tanaman pandan spesies Pandanus candelabrum ini tumbuh di atas paip lava, di mana lokasi tersebut merupakan cara yang paling senang untuk menemui lombong berlian.

Alasannya, berlian merupakan batu yang terbentuk jauh di dalam tanah. Berlian baru akan naik ke permukaan tanah selepas berlaku aktiviti gunung berapi. Selepas itu, berlian-berlian itu akan terkumpul di dalam paip yang disebut kimberlite.

Jadi, pandan ini dipercayai hanya tumbuh di atas paip kimberlite tersebut. Tidak hairanlah jika ramai orang yang mencari tanaman ini disebabkan ia boleh menjadi petunjuk terdapatnya lombong berlian.

Pandan Pandanus candelabrum adalah tanaman berasal dari Liberia, salah satu negara di Afrika yang kaya akan berlian. Tetapi banyak daripada tanaman ini rosak akibat berlakunya perang saudara.

Jadi jika anda menjumpai tanaman ini di laman rumah, boleh jadi ada lombong berlian di bawah halaman rumah anda, namun agak mustahil jika anda berada di Malaysia.

Sumber: Laicikang.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com