Indonesia Batalkan Daftar Pertubuhan Hizbut Tahrir


JAKARTA – Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia membatalkan pertubuhan Hizbut Tahrir Indonesia, sebuah pertubuhan yang ingin mengembalikan sistem pemerintahan khalifah Islam, lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap kementerian itu berkata langkah tersebut diambil selaras dengan usaha kerajaan untuk mengharamkan kumpulan radikal daripada beroperasi di negara itu.

“Untuk mengekalkan penyatuan rakyat, kebenaran yang diberikan kepada Hizbut Tahrir Indonesia sebelum ini, telah dibatalkan,” kata Ketua Pengarah Pentadbiran Undang-undang kementerian, Freddy Harris, semalam.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, sebelum ini telah menandatangani ordinan Presiden baharu yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan mengharamkan kumpulan radikal di negara itu.

Jurucakap tentera Jeneral Gatot Nurmantyo berkata pasukan keselamatan kini berjaga-jaga dengan ancaman sel Daesh yang dipercayai telah meresap di kebanyakan wilayah di negara itu, terutamanya dalam bentuk ‘sel tidur’. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com