Hukum Sebat Dikhalayak Ramai Tak Perlu Dipertikaikan


ALOR SETAR - Hukuman sebat dikhalayak ramai yang telah diluluskan dalam Persidangan Dun Kelantan baru-baru ini tidak wajar untuk dipertikaikan an dipolemikkan memandangkan hukuman tersebut bukanlah suatu perkara baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan bahawa rakyat Malaysia terutama sekali masyarakat bukan Islam perlu faham bahawa hukuman sebat di khalayak ramai ini hanya dilakukan kepada pesalah orang Islam sahaja mengikut kesalahan syariah.

"Jangan jadikan isu...amalan ini sudah pun berlaku di luar dari penjara macam di Tawau (Sabah). (Tetapi) ramai tidak faham hukuman berdasarkan syariah hanya melibatkan orang Islam," katanya.

Beliau berkata demikian setelah merasmikan Persidangan Pemuda Umno Bahagian Jerai di Guar Chempedak, Yan, semalam.

 Ketua Umno Bahagian Jerai itu menambah hukuman sebat yang dijalankan sebelum ini juga telah memenuhi istilah islam yakni melebihi dua orang.

"Dalam penjara itu sudah lebih dua orang termasuk dengan doktor yang datang melihat, pegawai (penguat kuasa) agama, pengiring pesalah serta petugas lain," katanya lagi.

Terdahulu, Dun Kelantan telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Malah, RUU tersebut membenarkan kuasa terhadap pegawai penguat kuasa agama untuk menggunakan gari ke atas suspek dan menggunakan video sebagai bahan  bukti dalam perbicaraan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com