Hidup Miskin Kerana Ketumbuhan Di Badan


YULIN (CHINA) - Seorang bekas pelari maraton kini hidup menderita selepas satu ketumbuhan besar tumbuh di belakangnya hingga menyebabkan dia sukar bergerak dan hilang sumber pendapatan.

Dua tahun lalu, Li Yimo terkenal sebagai lelaki yang sangat cergas, pelari yang hebat dan sering menderma darah di hospital.

Li yang tinggal di sebuah kampung di Yulin, selatan China juga mempunyai isteri dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun.

Katanya, dia tidak tahu punca yang menyebabkan ketumbuhan yang semakin membesar di belakangnya.

“Saya sebelum ini adalah seorang lelaki yang sihat dan sering menyertai larian maraton serta menderma darah.

“Namun, semuanya bertukar sekelip mata apabila satu ketumbuhan tumbuh di belakang saya pada 2015 dan ia semakin membesar setiap hari,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan isteri melarikan diri tetapi kembali semula baru-baru ini untuk menjaganya.

“Saya melarikan diri kerana kami sering bergaduh tetapi saya kembali semula ke pangkuan suami kerana dia kini sakit,” kata isteri Li.

Li memberitahu, dia tiada wang untuk membiayai kos rawatannya di hospital dan kini bergantung dengan derma orang ramai untuk membeli makanan.

“Saya merayu bantuan untuk membiayai kos rawatan dan pembedahan bagi membuang ketumbuhan di belakang saya ini.

“Saya kini tidak mampu bekerja kerana ketumbuhan di belakang saya menyebabkan saya sukar bergerak,” jelasnya. - AGENSI

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com