Hashim Jaafar, Bekas Setiausaha Kerja UMNO Kedah Meninggal


ALOR SETAR -  Bekas Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Kedah, Hashim Jaafar meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pukul 2.50 petang semalam akibat mengalami kanser prostat.

Hashim, 68, yang juga bekas Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Alor Setar  merupakan rakan baik Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mengalami masalah kesihatan sejak tahun lalu dan pernah di rawat di Kuala Lumpur.

Beliau bersara dari Pejabat UMNO Negeri pada Disember 2016 setelah berkhidmat di situ sekian lama.

Turut menziarah jenazah Allahyarham Hashimpetang semalam ialah Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, pemimpin UMNO Bahagian Alor Setar serta anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  termasuk Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid.  

Minggu lepas, Ahmad Bashah bersama isterinya dan jawatankuasa bahagian juga menziarah Allahyarham Hashim semasa sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini.

Allahyarham  meninggalkan isteri, Puan Asma dan  dua anak lelaki dan dua anak perempuan. 

Jenazah Allahyarham Hashim dikebumikan selepas Isyak malam tadi di Kampung Hujung Mergong dekat  sini.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com