Hari Keputeraan Rasmi Agong Dipinda


PUTRAJAYA - Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi tahun ini (2017) dipinda daripada 29 Julai kepada Sabtu, 9 September.

Kerajaan mengumumkan pindaan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Khamis.

Ini adalah kali kedua sambutan itu dipinda.

Pada April lalu, kerajaan mengumumkan sambutan itu dipinda dari Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada Sabtu minggu terakhir Julai sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.

Menurut kenyataan JPM pada 26 April lalu, pindaan itu mengambil kira hari Sabtu minggu pertama Jun pada 2017, 2018 dan 2019 jatuh dalam bulan Ramadan.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com