Gempa 6.4 Magnitud Landa Papua New Guinea


SYDNEY - Satu gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Papua New Guinea (PNG) semalam, kata pihak berkuasa namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. 

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku pada kedalaman 46 kilometer berhampiran rantau tidak ramai penduduk di New Ireland, terletak 110 kilometer di tenggara bandar Kokopo. 

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berpusat di Hawaii menolak berlaku tsunami manakala Geoscience Australia menganggarkan sebarang kerosakan hanya berlaku dalam lingkungan 49 kilometer. 

Gempa bumi adalah pemandangan biasa berhampiran PNG, yang terletak di atas plet Pasifik Australia sepanjang 4,000 kilometer. -AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com