Fathia Latiff Mohon Maaf Isu 'Buka Tudung'


PELAKON popular Fathia Latiff menafikan gambar dia tidak memakai tudung bersebelahan seorang lelaki dikatakan kekasihnya seperti yang tular, baru-baru ini.

Fathia ketika dihubungi berkata, dia memohon maaf jika ada pihak berasa kurang senang apabila melihat gambar terbabit menunjukkan dia tidak mengenakan tudung.

Menurut Fathia, gambar itu dirakam salah seorang rakannya ketika dia menghadiri majlis rumah terbuka saudaranya sempena Aidilfitri, baru-baru ini.

Lelaki yang berada di sebelah saya itu bukanlah kekasih saya seperti didakwa netizen dalam satu portal hiburan yang memuat naik gambar terbabit. Dia adalah salah-seorang saudara saya.

Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung,€ katanya.

Fathia berkata, dia tidak tahu bagaimana gambar itu boleh tersebar sehingga dimuat naik portal gosip hiburan itu.

Ia tidak sepatutnya berlaku kerana saya dikelilingi keluarga, saudara dan teman rapat ketika itu, katanya.

Menurut Fathia, dia sangat menyayangi peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya dan sudah tentu gambar itu akan membuatkan mereka marah.

Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu lagi memakai tudung.

Daripada mengecam saya, lebih elok mendoakan saya supaya terus kuat dan istiqomah apabila berdepan dengan pelbagai dugaan, katanya.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com