Exco Kedah Tampil Jawab Tohmahan Netizen Pembangkang


ALOR SETAR - Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Suraya Yaacob tampil memperjelaskan tohmahan yang ditabur terhadapnya oleh segelintir netizen berhubung beberapa keping gambar yang dirakam di atas sebuah bot mewah bersama rakan suaminya.

Menurut beliau, gambar-gambar berkenaan dirakam ketika suaminya, Dato' Zulkifli Ishak membawanya ke Langkawi bagi menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama, namun disalah ertikan bagi menimbulkan rasa benci rakyat terhadapnya.

"Sebelum hal ini berleluasa tak tentu arah dan ini juga bukti bahawa yang duk cuba jadi cyber apa pun, nak menjatuhkan pemimpin atau sesiapa saja buatlah dengan cara yang berhemah.

"Trip ini suami saya belanja saya kerana sambutan 1st anniversary. Bila melalui perkahwinan kedua setiap tahun amat bermakna. Ajak keluarga (anak2, adik saya Suffian Yaacob dan beberapa kawan termasuk Mukhtar Man, Zue Harun dan Alisa Ng).

"Bukan mahal sangat pun. RM250 seorang. Anda juga boleh melalui pengalaman indah ini tanpa ke luar negara. Contact Tropical Charters Langkawi," katanya, sekaligus mematahkan tohmahan tersebut.


Mengulas lanjut, individu yang dikatakan "taikun bisnes" bertaraf jutawan itu pula sebenarnya adalah rakan suaminya sejak di sekolah rendah lagi, Jeffry Cheah dan isterinya Chantel Liew.


Jelas beliau, Jeffry dan isterinya merupakan pembekal minuman kesihatan (supplier), Usana, dan mereka yang berminat untuk mendapatkan produk berkenaan boleh menghubunginya atau Chantel.

"Gambar ke 3 ada kawan kami Jeffry Cheah dan isterinya, Chantel Liew. Mereka adalah Diamond Director, Usana Food Supplement.

"Suami saya Zulkifli Ishak berkawan dengan Jefry dari sekolah rendah lagi dan sekarang kami terus berkawan.


"Apatah lagi kami adalah pengguna tegar Usana (us), sebab tu kami sihat dan ceria. Siapa yang berminat nak makan produk terbaik ini boleh contact saya atau Chantel, tapi kalau nak cari jutawan air ni memang tak de," katanya lagi.

Difahamkan bahawa pengguna Facebook dan sebuah blog yang tidak dikenali sebelum ini mendakwa Suraya menikmati gaya hidup mewah dengan "taikun air projek Langkawi" dan menyiarkan gambar berkenaan.

Dipercayai bermotifkan politik, penulisnya mengapi-apikan pelayar internet dengan sentimen kebencian terhadap UMNO dan pemimpinnya. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com