Enggan Tandatangan Ikrar Bebas Rasuah Kukuhkan Dakwaan DAP Diketuai Pemimpin Rasuah?


ALOR SETAR - PAS Pulau Pinang menyifatkan keegganan kerajaan DAP menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di negeri itu mengukuhkan persepsi umum terhadap pemerintahanya yang terpalit dengan rasuah.

Pesuruhjaya, Muhammad Fauzi Yussof  berkata, ia seolah-olah mengesahkan keraguan awam terhadap mereka dan lebih mengecewakan, keengganan itu seakan isyarat untuk tidak bersama pihak lain dalam memerangi amalan buruk dan tercela itu. 

"Keengganan itu menunjukkan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang keliru dan celaru terhadap prinsip asas serta perjuangan didokongnya, "katanya seperti yang dipetik dari HarakahDaily semalam

Apakah kerana DAP telah terjangkit penyakit demikian maka ia malu untuk turut berkomitmen? tanya Muhammad Fauzi.

Beliau menyindir parti itu kononnya prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) dilaksanakan DAP sejak 2008 lebih berkesan dalam usaha menangani rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding IBR.

"Jika demikian mengapa satu demi satu skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa terbongkar serta menghadapi penyiasatan dan pertuduhan? katanya

Sewajarnya dalam sebarang usaha rasmi, kata Muhammad Fauzi, langkah diseiringkan supaya wujud kesepaduan menghadapinya, tetapi kerajaan DAP seakan mencipta dwi-standard. 

"Inilah namanya angkuh dan sombong bak kata pepatah “kokok berdegar-degar, tetapi punggung bergelumang tahi” katanya.

Beliau menyifatkan CAT hanyalah alasan dan slogan semata-mata, tetapi hakikatnya kerajaan negeri itu tidak punya ‘perasaan benci’ pada rasuah, melainkan menjadikan ia modal politik kepada lawan. 

"Bila diri sendiri terpalit, tidak merasa bersalah, sebaliknya mengecualikan dan menjauhkan diri, " katanya lagi.

Menurutnya, perjuangan menentang kleptokrasi yang gah dilaungkan kepimpinan tertinggi DAP hanyalah satu retorik di mana kini terlihat kepura-puraan itu secara nyata.

Mereka sepatutnya belajar dengan kerajaan PAS Kelantan yang lama memerintah tetapi terbuka dan tidak pernah berhadapan isu rasuah, kata Muhamnad Fauzi.

Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan tindakan Kerajaan Pulau Pinang itu yang enggan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah  bagi menunjukkan komitmen negeri itu dalam memerangi serta membanteras gejala rasuah. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com