Enam Dihukum Mati Terlibat Dalam Pembunuhan, Pengedaran Dadah Di Riyadh


RIYADH - Enam orang disabitkan kesalahan kerana terlibat dalam pengedaran dadah dan pembunuhan dihukum mati di negara itu kelmarin.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, seorang warganegara Pakistan telah dihukum mati kerana terlibat dalam pengedaran dadah manakala lima lagi rakyat Arab Saudi disabitkan kesalahan membunuh.

Hukuman mati yang dilaksanakan hari ini merekodkan jumlah sebanyak 44 orang pesalah yang dihukum sepanjang tahun ini.

Tahun lalu, seramai 153 orang dihukum mati di Arab Saudi, menurut kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com