Dua Lelaki Perancis Sesat Dijumpai Selamat


Dua lelaki Perancis yang sesat ketika mendaki di Hutan Brinchang, Cameron Highlands, sejak kelmarin, ditemui selamat semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Penolong Penguasa Bomba Muhamad Haziq Hazmi berkata, Arthur Panriello dan Nocholas Chhoy, kedua-duanya berusia 25 tahun, ditemui pada 11.22 pagi semalam.

Menurutnya, bomba menerima panggilan daripada hotel dua mangsa itu menginap memaklumkan mereka tidak pulang ke hotel pada jam 7.07 petang, kelmarin.

Katanya, pihak hotel turut memaklumkan dua lelaki itu mendaki gunung berkenaan dan tidak menemui jalan keluar ketika berada berhampiran sungai.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dilakukan di kawasan berkenaan namun tidak menemui mereka sebelum operasi ditangguhkan pada 9 malam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, operasi SAR diteruskan pagi ini mulai 9.20 pagi dengan membahagikan pasukan kepada tiga kumpulan.

“Pasukan SAR menemui dua lelaki itu di kawasan tangki air Ladang Big Red Strawberry dalam keadaan selamat namun lemah pada 11.22 pagi.

“Mereka diserahkan kepada pasukan perubatan untuk pemeriksaan kesihatan sebelum pulang ke hotel,” katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com