Dua Kanak-Kanak Lima Tahun Lemas Dalam Kolam Terbiar di Kuala Nerang


KUALA NERANG- Malang tidak berbau, ketika Aidilfitri masih disambut umat Islam, dua kanak-kanak berusi lima tahun ditemui mati dipercayai lemas dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Sena, di sini petang semalam.  

Dua kanak-kanak lelaki dan perempuan itu disahkan meninggal setelah dibawa ke Hospital Kuala Nerang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Terap ASP Amran@Mohammad Zaki Omar berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 6.50 petang tadi berkenaan penemuan dua kanak-kanak tersebut.

Seorang daripadanya iaitu kanak-kanak perempuan terbabit sudah meninggal dunia, katanya ASP Amran.

Sehingga lewat malam tadi indentiti kedua kanak-kanak malang itu belum di kenalpasti dan punca kematian sebenar masih disiasat. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com