Dr. Mahathir Tersasul Sebut Mat Sabu 'Presiden UMNO'



ALOR SETAR - Faktor usia atau taksub dengan parti yang pernah dipimpinnya selama 22 tahun dan pelantikkan beliau sebagai salah seorang peneraju Pakatan Harapan mungkin menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad tersasul menamakan Mohamad Sabu sebagai 'Presiden UMNO'.

Insiden tidak disengajakan itu berlaku ketika Dr Mahathir mengumumkan barisan kepimpinan baharu gabungan pembangkang Pakatan Harapan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya, Selangor Khamis lalu.

Dalam video yang dirakamkan oleh Kini TV berdurasi satu minit 24 saat itu, Dr Mahathir tersilap menyebut jawatan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) yang disandang Mat Sabu itu pada saat ke 36.

 "....Ini akan ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM. "Tan Kok Wai, Pemangku Pengerusi DAP, Mohamad Sabu.....Presiden UMNO, " katanya sebelum disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Dr. Mahathir menyambut hari kelahiran beliau yang ke 92 tahun 10 Julai lalu - Kedahnews.com




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com