Dakwaan DAP Johor Sekadar Hiburkan "Majikan"nya


JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru semalam membidas kenyataan  Sheikh Omar Ali Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor merangkap Pegawai Khas Ahli Parlimen Kluang dalam sebuah portal kononnya generasi baru UMNO Johor termasuk anak Menteri Besar Johor sendiri telah cenderung menyokong PPBM.

Ketuanya, Syaiful Rizal Abd Ghani berkata, Akmal Saufi Mohamed Khaled, anak Menteri Besar Johor, merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru yang juga Pengarah Sukarelawan Muda Barisan Nasional (BNYV).

“Selaku Ketua Pemuda, saya telah menyerahkan tugasan kepada saudara Akmal untuk segera membuat majlis penerangan tentang isu-isu semasa kepada sayap Pemuda, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Belia dan sukarelawan. Kesetiaan dan dedikasi beliau terhadap parti tidak boleh dipertikaikan sesiapa.

“Dalam masa yang sama tambahnya, UMNO Johor di bawah kepimpinan Dato’ Mohamed Khaled Nordin sentiasa bekerja keras untuk memastikan Johor tetap fixed deposit kepada BN dan ini adalah sokongan yang yang lebih bernilai dan paling bermakna kepada YAB Perdana Menteri,” ujarnya mengulas kenyataan Sheikh Omar dalam sebuah portal pro-pembangkang.

Tambahnya, sebarang perbezaan pendapat serta pendekatan oleh UMNO Johor tidak boleh diterjemahkan sebagai penentangan kepada kepimpinan tertinggi. Ianya adalah bukti bahawa UMNO mengamalkan politik matang dan amat demokratik.

“Lupakan hasrat untuk menawan Johor. Saya yakin Bangsa Johor akan menggagalkan hasrat Lim Kit Siang dan DAP untuk menjadikan Johor sebagai Pulau Pinang ke-2.

“Johor tidak sesuai ditadbir oleh DAP atau proksinya (PKR, PAN dan PPBM) kerana DAP diketahui ramai bukan sahaja anti Islam dan anti Melayu, malah dikhuatiri turut anti kepada Institusi Di Raja. Ini merupakan tiga perkara yang akan dipertahankan serta diperkasakan oleh UMNO sampai bila-bila.

Mungkin Sheikh Omar ingin menghiburkan majikan beliau di dalam DAP, namun saya syorkan beliau untuk segera buat temujanji dengan pakar psikiatri. Beliau seolah-olah berhalusinasi ketika mengeluarkan kenyataan,” ujarnya lagi. – UMNO JOHOR

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com