Cerita Rooney Pakai Pijama Everton Selama 13 Tahun


WAYNE Rooney mendedahkan sepasang pijama Everton pertama miliknya sambil berseloroh dia masih menggunakannya ketika tidur sepanjang 13 tahun bersama Manchester United.

Pemain berusia 31 tahun itu yang kembali ke Goodison Park minggu lalu mengakui dia memakai pijama tersebut bersama anak-anaknya meskipun mewakili Red Devils lebih 10 tahun.

Pada petang Jumaat, Rooney memuatnaik gambar dia memakai pijama dengan tulisan EFC di Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Pijama Everton pertama saya.’

Rooney dalam temubual pertamanya sebaik diumumkan sebagai pemain Everton berkata:”Saya merahsiakan perkara itu sejak 13 tahun lalu tetapi saya sebenarnya memakai pijama Everton semasa di rumah bersama dengan anak-anak.”

Pendedahan itu membuktikan Rooney merupakan peminat setia Everton meskipun menyertai United pada usia 18 tahun.

Kepulangan Rooney ternyata amat bermakna apabila dia menjaringkan gol ketika Everton menundukkan Gor Mahia 2-1 pada aksi jelajah Epra musim ke Tanzania.

Everton akan bertemu sama ada Ruzomberok dari Slovakia atau pasukan Norway, Brann pada pusingan kelayakan ketiga Liga Europa.

Pasukan kendalian Ronald Koeman itu antara 25 pasukan yang akan berentap pada pusingan kelayakan ketiga di samping AC Milan, PSV Eindhoven dan Fenerbache.

Aksi pertama pusingan kelayakan ketiga itu akan diadakan di Goodison Park pada 27 Julai ini manakala perlawanan timbal balik dijadualkan pada 3 Ogos depan. – mStar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com