CEO, Pegawai Zakat Pulau Pinang Didakwa Rasuah


SEBERANG PERAI - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Zakat Pulau Pinang (ZPP), Datuk Azman Abdul Samat, 50, didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini terhadap tiga pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Turut didakwa ialah Ketua Bahagian Pengurusan Kualiti Asnaf dan Ekonomi, Mohd. Wardi Ramli, 35, mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Sitarun Nisa kemudiannya menetapkan jaminan RM4,500 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin terhadap Azman sementara menunggu sebutan semula kes pada 21 Ogos ini.

Mohd. Wardi pula diperintah membayar jaminan sebanyak RM10,000 beserta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhannya sementara menunggu tarikh sebutan pada 14 Ogos ini.

Difahamkan, kedua-dua mereka akan dijamin selepas pukul 2 petang nanti.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com