BN Serah Pada Rakyat Tentukan Parti Mana Lebih Berhak Memerintah - Ahmad Bashah


ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan parti mana yang lebih layak bagi menerajui kerajaan negeri dan pusat pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, rakyat kini sudah bijak menilai antara janji kerajaan BN dan janii parti pembangkang setiap kali menjelang PRU.

 "Rakyat mempunyai kuasa membuat keputusan bagi menentukan parti mana yang layak diberikan tanggungjawab untuk menerajui dan membentuk kerajaan yang baik, " katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Felcra Berhad Wilayah Utara di sini, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, sudah menjadi perkara lumrah pada PRU ini  semua parti akan mula menjanjikan pelbagai perkara dalam manifesto mereka.

Ini  termasuklah Barisan Nasional (BN), tetapi kita serahkan sahaja pada rakyat untuk buat pilihan parti mana yang sering menepati janjinya, kata Ahmad Bashah lagi.

“Janji-janji dalam manifesto ini adalah perkara normal kerana setiap parti cuba untuk mempengaruhi rakyat tetapi saya yakin rakyat boleh nampak apa yang telah kita (Barisan Nasional) lakukan selama ini untuk mereka, " katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi bahawa PAS mempertimbangkan pelaksanaan hukuman sebat dalam manifesto parti itu pada PRU14 akan datang. 

Pada 12 Julai lepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan  meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di khalayak ramai. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com