Bersama Cegah Jenayah Rentas Sempadan



POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand mencapai kata sepakat dalam beberapa isu berkaitan jenayah rentas sempadan di kedua-dua negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sei Noor Rashid Ibrahim berkata, kedua-dua pihak berbincang mengenai kepentingan kedua-dua negara menangani kegiatan jenayah, terutamanya jenayah rentas sempadan dalam mesyuarat yang berlangsung selama sejak Isnin lalu.

Menurutnya, antara yang dibincangkan ialah keselamatan di kawasan sempadan, aktiviti keganasan, aktiviti penyeludupan dan pengedaran dadah.

"Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam menangani jenayah terutamanya kecurian kenderaan serta jenayah siber, termasuk berkongsi maklumat risikan.

"Polis Thai dan PDRM turut membincangkan mengenai latihan bersama yang akan diadakan sama ada di Thailand dan Malaysia," katanya ketika sidang media selepas perasmian penutup mesyuarat 24th Departmental Review Of Joint Malaysia-Thailand Working Committee Meeting On Criminal Activities di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Jeneral Polis merangkap Ketua Deligasi Polis Diraja Thailand, Deputi Komisioner Jeneral Sutep Dechrugsa dan Komander Jabatan Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa Pol Mejar General Apichat Suriboonya.

Noor Rashid berkata, kerjasama yang dibincangkan akan dilaksanakan dan dipertingkatkan sehingga perbincangan baru yang akn diputuskan dalam mesyuarat akan datang.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com