Bayi Lelaki Tertelan Kerongsang Stabil


KUALA LUMPUR – Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan yang dipercayai tertelan kerongsang sebesar kira-kira tiga sentimeter milik ibunya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata, bayi itu yang dikenali sebagai Muhammad Naufal Hakim dibedah kelmarin dan pin yang tersangkut pada paru-parunya sudah berjaya dikeluarkan.

“Bayi tersebut selamat menjalani pembedahan dan stabil, namun masih dalam pemantauan doktor.

“Mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, HKL,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com