Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Lelaki Di Sungai Petani


ALOR SETAR - Bau busuk dan meloyakan yang dihadapi oleh penduduk di sekitar  Taman Sri Kota, Kota Kuala Muda, Sungai Petani membongkarkan penemuan satu mayat lelaki.

Mayat yang dipercayai sebagai Mohd Khifni Mohd Akhir, 59, ditemui oleh pihak polis yang melakukan pemeriksaan semalam.

Pihak polis yang melakukan pemeriksaan pada jam 4 petang tersebut menemukan mayat mangsa yang berada dalam keadaan duduk di dapur dan dipercayai sudah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan bahawa mangsa bertugas sebagai kakitangan awam Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang tinggal sendirian selepas berpisah dengan isterinya.

Menurut penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 45, mereka mula menghidu bau busuk sejak pagi semalam dan mengambil keputusan untuk memaklumkan perkara itu kepada Balai Polis Kota Kuala Muda.

“Sebelum ini, penduduk tidak melihat Mohd Khifni keluar daripada rumahnya sejak beberapa hari lalu, namun tidak mengesyaki kejadian buruk kerana tahu arwah tinggal sendirian selepas bercerai dengan isterinya.

"Selalunya setiap pagi arwah akan keluar dari rumah untuk ke tempat kerjanya," katanya.

Mayat mangsa dipercayai menghidap penyakit kecing manis dan siasatan mendapati tiada unsur jenayah.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com