Baju Sedondon Bukan Sengaja-Erra Fazira

 
KUALA LUMPUR - Tampil sedondon dengan baju berona warna hijau dalam satu majlis bersama Shahir baru-baru ini, primadona Melayu, Erra Fazira menjelaskan perkara tersebut berlaku secara tidak sengaja.

Jelas penyandang gelaran Ratu Cantik Malaysia 1992 itu, dia sepatutnya memakai tudung berona hijau muda dan bukannya hijau tua seperti yang berlaku pada hari kejadian.

Bagaimanapun kata Erra, pembantunya telah menggosok tudung tersebut sehingga terbakar dan menyebabkan dia terpaksa memilih tudung lain untuk dipadankan dengan baju tersebut.

“Saya tidak pernah merancang untuk pakai pakaian yang berona sama ke majlis tersebut. Pembantu saya telah ‘membakar’ tudung yang sepatutnya saya pakai ketika menggosok.

“Jadi, saya pakai sahaja tudung warna hijau tua. Saya pun tak tahu dia pakai baju warna sama. Saya okay sahaja bila perkara ini berlaku, dah jadi kan,” katanya.

Erra dan Shahir pertama kali hadir sedondon ke majlis meraikan anak yatim yang diadakan Melaka. Rata-rata peminat memberi komen positif dan mendoakan yang terbaik demi kelangsungan hubungan kedua anak seni itu.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com