Bahana Janda 25 Tahun Bercinta Dengan Remaja 16 Tahun

 

ALOR SETAR - Bahana bercinta dengan seorang remaja yang baru berusia 16 tahun, seorang janda berusia 25 tahun cedera di bahagian rusuk akibat tertusuk dengan sebilah pisau.

Kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi di sebuah rumah sewa di Taman Desa, Kubang Rotan di sini Ahad lalu, mangsa, Nor Shazuani Zainol dan kekasihnya dipercayai bergaduh kerana pasangannya itu dikatakan kuat cemburu.

Pergaduhan bermula apabila remaja terbabit terlihat telefon bimbit mangsa yang mempunyai panggilan keluar kepada seorang lelaki lain.

Berang dengan perkara tersebut bertindak memukulnya, tidak tahan akibat dipukul, mangsa bertindak berlari ke dapur dan mengambil pisau bagi menakutkan remaja itu.

"Kekasih saya terus naik angin lalu memarahi dan memukul saya. Saya yang tidak tahan dipukul di seluruh badan termasuk disepak berlari ke dapur dan mengambil sebilah pisau bagi menakut-nakutkan remaja itu selain cuba mengelakkan diri daripada terus dibelasah," katanya.

Namun tindakan itu gagal apabila remaja itu terus bertindak agresif dengan cuba untuk merebut pisau dari mangsa, akibat berlaku pergelutan antara mereka mangsa yang ketika itu memegang pisau tertikam diri sendiri. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com