Aura Rita Rudaini, Janna Nick Pikat Penonton Melodi


KEMUNCULAN pelakon Rita Rudaini dan Janna Nick sebagai pengacara jemputan pada program Melodi bersama Awal Ashaari semalam mendapat maklum balas positif penonton.

Kebanyakan komen di laman sosial memuji gaya pengacaraan kedua pelakon itu yang dianggap bersahaja dan 'gila-gila'.

Malah terdapat komen yang inginkan pihak Melodi mengekalkan Rita dan Janna sebagai pengacara program itu.

"Kekalkan saja Rita dan Janna," tulis pengguna akaun Ammoraciid_Powers.

Sementara pengguna akaun @abs_hasan menulis Janna menjadi diri sendiri dan 'gila-gila'.

Tidak terkecuali laman Instagram milik Rita juga dipenuhi dengan pujian dan ucapan tahniah daripada peminatnya.

Rita ketika dihubungi Harian Metro mengakui terharu dan tidak menyangka percubaannya itu diterima baik penonton program hiburan popular itu.

"Sebelum ini saya sekadar menjadi tetamu jemputan, tetapi kali ini ditawarkan menjadi pengacara jemputan bersama Janna dan Awal.

"Ketika ditawarkan saya tak berfikir panjang untuk bersetuju kerana konsep program ini santai. Malah pihak Melodi memberi kebebasan untuk saya mengacara dengan gaya tersendiri.

"Sebelum siaran lansung saya dan pengacara lain diberi taklimat ringkas berkenaan cerita yang bakal dipaparkan. Selebihnya kami perlu adlib sendiri secara spontan," katanya.

Rita juga bersedia untuk muncul semula pada program itu pada masa akan datang.

"Kalau kebetulan jadual kerja saya tak bertembung, saya okey saja nak buat. Sejak mengacarakan program Anugerah DFKL lalu, saya mulai jatuh cinta dengan dunia pengacaraan.

"Terima kasih kepada pihak Melodi yang menjemput saya untuk terbabit dalam program itu," katanya.

Program Melodi bersiaran setiap Ahad jam 12.30 tengah hari menampilkan pengacara Awal Ashaari dan AG Kool FM.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com