‘Astaghfirullah. Sia-Sia Saya Solat’ - Nenek Nafi Paksa Remaja Buat Seks 10 Kali


Seorang nenek berusia 61 tahun yang disiasat atas dakwaan merogol seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sebanyak 10 kali menafikan melakukan perkara terkutuk itu.

Suspek yang dikenali sebagai Nenek Jowo atau nama sebenarnya Harni, mengatakan dakwaan kononnya dia memaksa remaja terbabit melakukan seks dan mengugut mahu membunuh sekiranya permintaannya itu tidak dituruti adalah tidak berasas.

Memetik Merdeka.com, wanita warga emas itu yang berasal dari Madura, Jawa Timur tidak menyangka dia difitnah sebegitu rupa kerana selama ini menganggap remaja itu seperti anaknya sendiri.

"Dia (remaja) selalu minta duit daripada saya. Kalau saya tidak ada wang, saya sanggup berhutang kerana sayang, padahal dia gunakan duit itu untuk main internet. Sekarang, dia menuduh saya bukan-bukan,” katanya, semalam.

Terdahulu, media tempatan melaporkan ibu remaja itu, Rohana, 33, membuat laporan polis selepas anaknya mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks dengan wanita warga emas itu.

Modus operandi yang digunakan suspek adalah setiap kali selepas merogol remaja berkenaan, Jowo memberikan wang sebanyak Rp15,000 (RM4.80) dan mengancam membunuh mangsa sekiranya hajatnya ditolak.

“Astaghfirullah. Sia-sia saya solat kalau saya melakukan perkara seperti itu. Apa untung saya? Demi Allah, saya tidak pernah melakukannya,” tegas Jowo menafikan tuduhan itu.

Mengulas lanjut, Jowo berkata, remaja itu mungkin membuat tuduhan tersebut ekoran kecewa selepas dia bertindak memarahinya kerana nakal dan sering meminta wang.

"Mungkin itu alasannya, dia pulang dan mengadu (kepada ibunya). Tetapi, tidak tahu juga apa alasan sebenarnya," tambah Jowo yang bekerja sebagai tukang urut.

Sebelum ini mangsa mendakwa Jowo memaksa dia memuaskan nafsunya setiap kali suaminya tiada di rumah.

"Kalau suaminya tiada di rumah, dia akan mengajak saya melakukannya. Waktu malam itu, dia paksa saya lagi dan dia mengancam akan membunuh saya," kata mangsa.

Pihak polis kini masih menyiasat kes itu. 

Sumber: MalaysianDigest

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com