AS Dakwa Bunuh Ketua Daesh Di Afghanistan


WASHINGTON – Pentagon mendakwa pasukan tentera Amerika Syarikat berjaya membunuh seorang pemimpin kumpulan militan Daesh di Afghanistan.

Pentagon dalam satu kenyataan berkata, Abu Sayed terbunuh dalam satu serangan udara di Kunar, iaitu wilayah di timur laut Afghanistan pada 11 Julai lalu.

Menurut kenyataan itu, Kunar adalah ibu pejabat Wilayah IS-Khorasan (IS-K) dan serangan itu turut mengorbankan lain-lain anggota militan.

“Mereka akan tetap kembali, walaupun kamu membunuh ketua salah satu kumpulan ini.

“Sudah jelas, ia adalah satu kejayaan pada pihak kita sebelum mereka beroperasi semula.

Kita berada di jalan yang betul,” kata ketua Pentagon, Jim Mattis kepada wartawan.

Sementara itu, Jeneral John Nicholson yang mengetuai pasukan tentera Amerika Syarikat di Afghanistan berkata: “Kami akan teruskan hingga mereka berjaya dimusnahkan.

Tiada tempat yang selamat bagi ISIS-K di Afghanistan”. – AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com