Anwar Masih "Sasaran Utama" Mahathir Untuk Rebut Semula Kuasa


ALOR SETAR - Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah mangsa politik Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Tun Razak sebaliknya masih menjadi 'sasaran utama' Tun Dr. Mahathir hingga sekarang.

Dr. Mahathir yang kini menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagaimanapun sedang berusaha membersihkan salah laku Anwar bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara.

Bekas Perdana Menteri itu berusaha 'mencuci tangannya' dengan menafikan segala apa yang dilakukan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu sejak 1998 yang kemudian bangkit menentang beliau melalui gerakan reformasi. 

Bagi Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau mengakui Anwar menjadi mangsa politik sejak dari awal lagi dan kini Tun Mahathir cuba menjulang semula Anwar.

" Tun Mahathir  mahu kata ia (Anwar) mangsa politik, kita akui. Sebab  dari awal dulu dia ditendang keluar, ditangkap, ditumbuk hingga lebam mata dan sebagainya, " katanya seperti yang dipetik daripada Agendadaily semalam.

Bagaimanapun kata Tuan Ibrahim kesungguhan Dr. Mahathir membela dan mengangkat semula  Anwar  sebagai Perdana Menteri menunjukkan Pakatan Harapan kini berdepan masalah besar.

“Akhir-akhir ini bila dia (Tun Mahathir) tidak dapat satu tokoh, maka cuba dinaikkan semula 
(Anwar). Tun Mahathir minta (Anwar) dibebaskan. Bagi saya ini kemelut dalam PH (Pakatan Harapan)  yang mereka tidak boleh selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada wartawan  semasa menghadiri mesyuarat akhir Jawatankuasa Induk Program Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) yang akan diadakan pada 20 hingga 22 Julai ini di Kota Bharu.

Dr. Mahathir memberitahu media United Kingdom, The Guardian bahawa  Anwar adalah mangsa dendam politik dan diperlakukan secara tidak adil.

Presiden PPBM itu juga dalam kenyataannya  menyokong Anwar yang juga bekas ketua Pembangkang  menjadi perdana menteri jika dibebaskan.

Sesuatu yang menampakkan Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu sedang keliru dalam soal menamakan calon perdana menteri apatah lagi Tun Mahathir sendiri yang sebelum ini menyingkirkan Anwar.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, Tun Mahathir memerlukan Anwar sekarang supaya tidak ada keterangan yang terbit daripada Anwar yang pada masa dulu beliau  ada Menteri Kewangan yang bertanggung jawab ke atas Bank Negara.

Dr. Mahathir kini sedang berusaha menyelamatkan dirnya daripada siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atas kes pertukaran dan juga perdagangan mata wang Bank Negara pada tahun 1990an yang melibatkan kerugian puluhan bilion ringgit . - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com