Anjing Dari Perak, Sarawak Tak Boleh Masuk Pulau Pinang


Kerajaan negeri Pulau Pinang melarang kemasukan anjing ke negeri ini dari Perak dan Sarawak berkuat kuasa serta merta.

Ini berikutan kejadian kes penyakit rabies di Serian, Sarawak dan Kuala Sepetang, Perak baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata, Pulau Pinang berstatus pulih dan bebas daripada wabak itu.

Menurutnya, jika sehingga September ini tiada kes terbaru, negeri ini akan bebas dari penyakit rabies.

"Status ini adalah berdasarkan tiada kes baharu rabies dalam tempoh dua tahun," katanya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com