Anak Beranak Sepakat Buat Aktiviti Haram Di Sungai Petani

 

ALOR SETAR - Tiga beranak didapati bersepakat menjalan aktiviti haram dengan menyeleweng urus niaga gas petroleum cecair (LPG) pada bulan Jun yang lalu, di Sungai Petani

Kejadian yang berlaku di Sungai Petani itu menyaksikan S Murukesan, 40, merupakan seorang pemilik syarikat pengedar LPG tidak berlesen dan ketiga-tiga mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kelmarin.

Selain itu, Murukesan turut disabitkan atas pertuduhan menerima wang haram daripada urus niaga LPG membabitkan nilai keseluruhan RM12,905 dan di dakwa mengikut Seksyen 4(1)(b).

Aktiviti haram tersebut dilakukan sekitar tahun 2015 hingga 2016, kesemua wang tersebut diterima daripada dua syarikat berlainan dan dimasukkan dalam akaun tertuduh.

Manakala bagi dua lagi tertuduh,N Selvaretnam, 71, dan isterinya, N Lilipathi, 61, yang juga bapa dan ibu kepada Murukesan, masing-masing berdepan satu pertuduhan mengikut seksyen sama.

Mereka didapati telah menerima wang sogokan bernilai RM138,517.30 daripada sebuah syarikat pada 2016 dan dimasukkan ke dalam akaun bank milik syarikat pengedar LPG berlesen yang dimiliki.

Mereka didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan 8 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com