'Ada Sikit Bagi Sikit, Ada Banyak Bagi Lebih' - Datuk Vida


IPOH - Golongan kurang berkemampuan terutama anak-anak yatim dan miskin sentiasa dekat di hati Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk diberi bantuan sewajarnya terutama ketika Ramadan dan sambutan Aidilfitri.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, setiap tahun beliau memperuntukkan sejumlah sumbangan yang akan disampaikan kepada 15 rumah anak yatim.

“Alhamdulillah walaupun saya gedik-gedik hingga kena kecam, tetapi saya tidak lupa untuk bersedekah kepada anak-anak yatim sebab saya tahu dulu saya juga susah dan saya pun anak yatim.

“Saya buat kebaikan bukan ingin menunjuk atau riak atau saja saja, tetapi saya tamak ‘saham’ akhirat. Ada sikit bagi sikit, ada banyak bagi lebih.

“Ambillah yang rasa bermanfaat daripada perkongsian rutin hidup saya, bukan sekadar memberi inspirasi tetapi saya mahu orang lain juga berjaya.

“Bila kita kaya kita terus berbakti dan tidak semua orang Allah boleh bagi amanah macam ini untuk hidup berkat dunia akhirat,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Dewan Anak Yatim dan Miskin Budi Mulia Nurul Huda di Tanah Hitam, Chemor di sini semalam.

Dalam majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Hanafiah turut merasmikan Pertubuhan Kebajikan Veteran 933/934 Delta Kompeni Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) 1976 di mana Vida dilantik sebagai penaungnya.

Beliau turut menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Pengerusi Rumah Anak Yatim dan Miskin Budi Mulia Nurul Huda, Shaharuddin Razali bagi membuat dewan makan dan surau rumah kebajikan berkenaan.

“Saya dengan Rumah Anak Yatim dan Miskin Budi Mulia Nurul Huda ini sudah lebih kurang sembilan tahun daripada rumah ini kecil sahaja kini sudah mempunyai pelbagai kemudahan hasil sumbangan orang ramai.

“Justeru saya ambil kesempatan atas rasa kasih sayang menyumbang untuk keperluan yang saya rasa memang perlu dibantu untuk membuat dewan makan dan surau

“Saya akan bantu sedaya upaya dan saya harap orang ramai juga dapat bantu saya untuk terus menyokong membeli dan meuar-uarkan keberkesanan produk saya, kalau tiada produk jualan, tiadalah saya,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Aminuddin berkata, pihaknya rasa berbangga dan bersyukur kerana ada usahawan seperti Datuk Seri Vida yang sudi memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com