6 Negara Tuntut FIFA Tolak Qatar


LONDON - Enam negara Arab yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar menghantar surat kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA) bagi menuntut badan induk itu menarik semula hak Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022. 

Tuntutan dibuat oleh Arab Saudi, Yaman, Mauritania, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir kerana negara itu disifatkan menyokong aktiviti keganasan.

Presiden FIFA, Gianni Infantino, menerusi laman web Switzerland, The Local, memberitahu enam negara itu sepakat menulis sepucuk surat kepada pihaknya menuntut hak Qatar sebagai tuan rumah mengikut Artikel 85 Kod FIFA yang membolehkan tindakan itu dibuat atas dasar keselamatan. 

"Negara berkenaan mengingatkan FIFA mengenai risiko dihadapi penyokong dan keselamatan pemain ketika berada di negara yang menjadi tapak aktiviti keganasan," katanya. 

Infantino berkata, enam negara berkenaan mengugut untuk memboikot kejohanan itu sekiranya permintaan mereka tidak dilayan. 

Bagaimanapun, Reuters tidak melihat salinan surat berkenaan dan FIFA tidak membuat sebarang jawapan balas. 

Sumber kerajaan Qatar berkata, pihaknya sedar hubungan dengan enam negara berkenaan namun difahamkan belum menerima sebarang surat daripada FIFA. - Reuters

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com