3,000 Meriahkan Majlis Aidilfitri UMNO P. Pinang


PULAU PINANG - Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat UMNO negeri di Menara UMNO di sini semalam dimeriahkan dengan kebadiran lebih 3,000 pengunjung pelbagai kaum dan agama.

Program bermula kira-kira pukul 11 pagi itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye serta kepemimpinan parti itu.

Orang ramai mula memenuhi ruang legar Menara UMNO seawal pukul 10 pagi bagi menikmati pelbagai juadah seperti sate, ketupat serta minuman.

Dalam kemeriahan sambutan majlis itu, pihak penganjur tetap memastikan kelancaran lalu lintas dengan menempatlan lebih 30 anggota Sukarelawan Malaysia (Rela). 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com