16 Anggota Geng 360 Devan Mengaku Tak Bersalah


KUALA LUMPUR - Seramai 16 lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi semalam, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, dua tahun lalu.

Mereka D R Yasotaran, S Manimaran, C Murugan, L Lengaseperan, D R Yasothararaj, D Sivanantha, S T Balan, M M Sathia Tamil Siva, P Sures, P Murugan, B Davindran, K Ram Kumar, D Manivannan, S Logonanthan, S Maran dan M Murugan, berusia antara 34 hingga 48 tahun.

Semua tertuduh membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Mengikut kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng 360 Devan, di MV Empayar Sdn Bhd, No 1-B Jalan Perniagaan Masria, Pusat Perniagaan Masria, Batu 9, Cheras di sini, antara 1 Januari 2015 hingga 3 Jun 2017.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 130 V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin bersama Mohamad Mustaffa P Kunyalam dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor.

Peguam yang mewakili tertuduh ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin, Joanne Chua, Gerard Lazaruz dan Vijey Esvaran.

Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes bagi 16 tertuduh dibicarakan bersama dengan 36 lagi ahli kumpulan sama kerana membabitkan saksi pendakwaan yang sama.

Mahkamah kemudian menetapkan lima hari bermula 2 Oktober untuk perbicaraan.

Pada 24 Mei lalu, 36 ahli kumpulan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Mereka ialah Datuk M Kalai Arasu, 45; M Mohan, 34; P Subramaniam, 54; S Ravindran, 37; S Raman, 62; R P Rajendran, 48; E Shamuganathan, 45; A Karpanah, 57; J J Vignasevaran, 42; R Premraj, 37; V Arivalagan, 42; R Suresh Kumar, 39; M Thananbalan, 41; M Kalimuthu, 28; M Saravanan, 37; R Sunderan, 61; A Erathai Pragash, 49; T Ravendaran, 30; M Danes, 25; S Sivaneswaran, 25.

Mereka yang lain ialah V Vigny Alfred Raj, 29; R Subramaniam, 37; R Kannan, 33; M Saravanan, 37; M Jayakumar, 36; P Karthik, 31; S Krishna, 34; Abdullah Sritharan, 32; R Yogendran, 30; Mohd Sarif Abdul Karim, 31; M Paramuguru, 40; K Alagasuveeran, 41; R Sathies, 32; B Letchumanan, 31; Muhammad Rushlan Abdullah, 44; dan R Elanggo Naidu, 31.

Hampir 100 anggota keluarga kepada 52 tertuduh hadir mengikuti prosiding menerusi skrin besar yang dipasang di luar kamar mahkamah.

Turut kelihatan beberapa anggota polis yang mengawal di luar dan dalam kamar mahkamah sepanjang prosiding berlangsung.

Sumber: BH Online


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com