132 Anjing, Kucing Divaksin Di Larut, Matang Dan Selama


TANJUNG MALIM  - Sebanyak 132 ekor anjing dan kucing di daerah Larut, Matang dan Selama telah divaksin sebagai langkah mencegah jangkitan penyakit rabies atau anjing gila di kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, daripada jumlah itu, 65 ekor anjing dan 67 ekor kucing telah divaksin selepas kawasan tersebut diisytihar sebagai kawasan wabak rabies kelmarin.

"Setakat ini, lapan sampel daripada 48 ekor anjing yang dihapuskan di Kuala Sepetang juga telah dihantar ke makmal untuk dianalisis di Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh semalam," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bertindak menangani wabak Rabies Perak di Majlis Daerah Tanjung Malim di sini hari ini. 

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com