Warga Emas Maut Ditetak Cucu Dengan Parang


LIPIS - Seorang warga emas maut selepas ditetak dengan parang di bahagian leher oleh cucunya di Kampung Jarau, Pos Lenjang di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, suspek yang berusia 32 tahun turut mencederakan isterinya, Rohini Bak Keloh, 21, dengan bara api sebelum menetak bapa mertuanya, Bah Keloh Bah Kuyah, 56, dengan parang sehingga cedera parah.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, mangsa Wak Moh Bah Wek , 76, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius di bahagian belakang leher.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera turut mendapatkan rawatan di hospital sama,”katanya di sini semalam. 

Sumber : Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com