Warga Asing Ditemui Mati Dibunuh Di Tapak Projek Seberang Perai

  Related image

SEBERANG PERAI - Mayat seorang lelaki warga asing dipercayai mati dibunuh ditemui di tapak projek Taman Kerjasama, Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah di sini semalam.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu dijumpai orang awam kira-kira pukul 1.35 petang lalu menghubungi pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) dan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri berada di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya di lokasi kejadian.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com