Wanita Maut Tersepit, Kereta Dinaiki Terbabas Dan Terbalik

  Image result for WANITA MAUT DALAM KEMALANGAN TERSEPIT DI BAU

BAU - Seorang wanita maut selepas kereta Proton Saga yang dinaikinya terbabas lalu terbalik di Jalan Stass, Kampung Stass di sini awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, identiti mangsa masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.05 pagi itu, kereta dipandu Rigoh Ginot, 42, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.

"Kemalangan itu mengakibatkan kereta itu terbalik hingga menyebabkan tiga individu termasuk pemandu kereta itu ditemui tersepit.

"Bagaimanapun, pemandu dan seorang penumpang terselamat, namun seorang lagi yang duduk di bahagian belakang kereta itu maut," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com