Wanita Korea Pakai Sampin Sebagai 'Skirt' Dipuji Netizen


PETALING JAYA - Benarlah orang Korea 'gila' berfesyen dan terbaru, seorang wanita dari negara itu
telah menunjukkan 'kegilaannya' itu di sebuah bazar Ramadan di Melaka.

Dalam kejadian di Bazar Ramadan Mega 2017 di Hang Tuah Mall, tindakan wanita berkenaan telah mengejutkan si penjual dan orang sekeliling apabila menggayakan sampin yang biasanya dipakai oleh kaum lelaki sebagai skirt.

Mereka menganggap apa yang dilihat sebagai sesuatu yang lucu dan tidak pernah terfikir untuk dibuat oleh wanita lain.

Seseorang yang berada di situ sempat merakamkan gambar wanita berkenaan dan kemudian memuat naik gambar-gambar tersebut di Facebook.


Berdasarkan posting tersebut, wanita berkulit cerah itu dikatakan telah datang ke kedai itu dua malam berturut-turut.

Pada malam pertama beliau datang memakai skirt kembang, tetapi pada malam kedua beliau memakai seluar pendek, bagi membolehkan sampin tersebut dicuba, seterusnya dibeli.

"Semalam datang pakai kain kembang tak leh test. Hari ni datang pakai seluar pendek terus sarung je," tulis individu yang memuatnaik posting di akaun Facebook Asip's Burger Bachang.

Difahamkan, sampin tersebut telah siap dijahit dengan getah bagi memudahkan pemakaian.

Apa yang berlaku ini mendapat maklum balas postif daripada netizen yang rata-rata menganggap ia sesuatu yang 'kreatif.

Hidayah Abdullah menulis: "Tak lama lagi samping jadi trend untuk perempuan Korea."

Mohd Hidayat menulis: "Pandai juga dia gayakan, 'masuk' pula dengan baju dia pakai. Nanti pesan kat dia suruh stay Malaysia sampai pagi raya tau, baru dia tau orang pakai sampin tu macam mana rupanye, kikikiki."

Sumber : Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com