Wanita Dari Pendang Diselamatkan Dari Terus Mengemis Di Sungai Petani

  Image result for pengemis

ALOR SETAR - Dipergunakan untuk kepentingan diri sendiri, seorang wanita yang menghadapi masalah penglihatan telah dipaksa untuk mengemis dan menunggu di di bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani.

Wanita yang berasal dari Pendang itu sudah berusia 74 tahun dan mampu untuk meraih keuntungan sebanyak RM235 hanya dalam tempoh masa beberapa jam sahaja.

Hasil siasatan mendapati rupa-rupanya wanita kurang penglihatan tersebut dibawa oleh sepasang suami isteri dan sanggup berulang-alik sejauh 100 kilometer setiap hari demi menjalankan kegiatan mengutip derma.

Mujurlah wanita terbabit diselamatkan oleh sepasukan anggota penguatkuasa dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam operasi yang dilakukan bermula jam 5.30 petang.

Namun begitu, wanita berkenaan dilihat mengalirkan air mata sejurus selepas dia dibawa menaiki kenderaan jabatan untuk proses dekumentasi. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com