Video Budak Kecik Dipaksa Hisap Syabu Dilapor mStar Dipercayai Video Lama

 

ALOR SETAR - Satu rakam video yang menunjukkan seorang kanak-kanak yang dipercayai baru berusia lima tahun dipaksa untuk menghisap syabu menjadi tular di laman sosial.

Lapor portal mStar, kejadian tersebut berlaku di  Taman Gurun Jaya, Sungai Petani, namun begitu, hasil carian mendapati video yang tersebar seperti didakwa mStar itu sebenarnya adalah video  lama dan menjadi tular sekali lagi

Video tersebut pernah menjadi tular pada awal tahun 2015 dan dipercayai kejadian sebenar berlaku di luar negara bukannya di Sungai Petani seperti yang didakwa laman portal terbabit.

Video tersebut memaparkan betapa tidak bertanggungjawabnya seorang ibu yang memaksa anaknya sendiri menghisap dadah yang dipercayai sejenis syabu dipercayai berlaku di Indonesia.


Rakaman berdurasi 15 saat itu juga menunjukkan kanak-kanak terbabit yang terbatuk kerana menghisap syabu tetapi tidak diendahkan ibunya, sebaliknya dipaksa untuk menghisap lagi buat kali kedua.

Tindakan si ibu yang mengajar anaknya menghisap syabu dikecam hebat oleh netizen walaupun kejadian sebenar tidak berlaku di negara ini. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com