Van Rempuh Jemaah Solat Terawih Di London


SEORANG lelaki ditahan selepas sebuah van melanggar penduduk Muslim di sebuah masjid utara London, Britain.

Saksi kejadian menceritakan bahawa pasukan polis memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa yang terlibat dalam satu kejadian yang berlaku pada pukul 12.20 pagi Isnin di Jalan Seven Sister, Finsbury Park.

Rata-rata mangsa dipercayai baru sahaja selesai menunaikan solat terawih di Masjid Finsbury Park.

Polis mengklasifikasikan serangan itu sebagai insiden besar dan berkata, seorang indvidu ditahan dan beberapa ambulans telah dihantar ke tempat kejadian.

Seorang saksi memberitahu BBC: "Ada sebuah van putih berhenti di luar kawasan masjid dan kelihatan sudah melanggar beberapa orang yang keluar dari masjid itu sebaik mereka habis solat."

Lembaga Muslim Britain menulis di Twitter: "Kami dimaklumkan ada sebuah van melanggar jemaah yang keluar dari Masjid #FinsburyPark. Doa kami ditujukan buat mangsa."

Polis Metropolitan dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihak polis menerima panggilan selepas pukul 12.20 pada 18 Jun untuk melaporkan mengenai kejadian itu.

"Pegawai kami berada di lokasi kejadian bersama perkhidmatan kecemasan.

"Terdapat beberapa nahas berlaku.

Sumber : Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com