Trump Ubah Dasar Perjalanan, Perdagangan Ke Atas Cuba


WASHINGTON 17 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengumumkan pelan untuk mengetatkan sekatan ke atas rakyat Amerika yang melancong ke Cuba dan kawalan ke atas urusan perniagaan AS dengan Cuba.

Ketika bercakap mengenai dasar baharu Cuba di Miami, Trump akan mengeluarkan arahan eksekutif untuk mengubah beberapa peraturan terdahulu ketika di bawah pimpinan Barack Obama.

Trump, akan mengambil pendekatan lebih keras terhadap Cuba selepas berjanji berbuat demikian dalam kempen Presiden tahun lalu.

Beliau bakal menggariskan penguatkuasaan lebih ketat terhadap larangan rakyat Amerika yang melancong ke Cuba serta mengelakkan duit dolar AS digunakan sebagai dana untuk membiayai Cuba. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com