Tokan Dadah Turut Jual Senjata Api Maut Ditembak Di Baling

  Image result for Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusoff

ALOR SETAR - Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan juga turut dikatakan menjual senjata api maut dalam satu kejadian berbalas tembakan di kawasan persimpangan Kampung Weng Dalam jalan menghala Kampung Ulu Lenggong, Baling semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.25 pagi tersebut menyaksikan suspek menaiki sebuah kereta Toyota Vios berhenti di tepi jalan di tempat kejadian dalam keadaan yang sangat mencurigakan.

Perkara tersebut disedari oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah yang membuat rondaan.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusoff berkata, suspek secara melulu telah melepaskan beberapa das tembakan kearah anggota polis selepas suspek diarahkan untuk keluar dari kenderaannya.

Berlakunya kejadian tembakan menembak dan berbalas tembakan dari suspek dan pihak polis sebagai usaha menpertahankan diri, hingga akibatnya suspek ditembak mati.

“Suspek kemudian keluar dari kereta dan melepaskan beberapa lagi das tembakan ke arah polis. Anggota yang berada di lokasi kemudian membalas tembakan sebagai mempertahankan diri dan menyebabkan suspek maut di tempat kejadian,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com