Tiada Mata Untuk Harimau Malaya Di Larkin

PEMAIN Harimau Malaya, Nazirul Naim (kiri) diasak oleh pemain Lubnan, pada saingan Kelayakan Piala Asia 2019 Malaysia bertemu Lubnan, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Johor Bahru. - Foto Mohd Azren Jamaludin
JOHOR BAHRU - Skuad bola sepak kebangsaan memulakan kempen Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 dengan langkah kiri selepas tewas 1-2 kepada Lubnan pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.

Skuad kendalian Nelo Vingada sepatutnya boleh meraih satu mata tetapi kelekaan pada saat akhir menyaksikan mereka dihukum oleh Rabih Ataya yang menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir masa kecederaan.

Sebelum itu, Rabih yang menjadi duri dalam daging kepada benteng Harimau Malaya memadamkan jaringan Mahali Jasuli pada minit ke-43 dengan melakukan sepakan lencong menarik yang menerjah gawang negara dikawal Khairul Azhan Khalid pada minit ke-79.

Kemenangan itu membolehkan Lubnan yang dibimbing Miodrag Radulovic mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan selepas menewaskan Hong Kong 2-0, Mac lalu untuk mendahului saingan kumpulan.

Malaysia bagaimanapun baru beraksi satu perlawanan selepas aksi menentang Korea Utara ditunda, 5 Oktober depan.

Dalam satu lagi pertembungan, Hong Kong dan Korea Utara berkongsi mata selepas terikat 1-1.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com