Tayar Lori Tangki Minyak Sawit Terbakar


KUALA LUMPUR - Sebuah lori tangki minyak sawit yang dalam perjalanan menghala ke ibu negara semalam terbakar di kedua-dua bahagian tayar belakangnya di Lebuh Raya Cheras-Kajang selepas Plaza Tol Phoenix di sini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.15 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian.

Ujarnya, api marak yang membakar keseluruhan tayar belakang lori tangki itu dapat dikawal kira-kira pukul 10.34 pagi sebelum padam sepenuhnya 10 minit kemudian.

“Operasi pemadaman melibatkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras. Kebakaran dipadam menggunakan satu aliran Hose Reel dan satu aliran Foam,” katanya di sini semalam. 

Sumber : Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com